Saji Online - Daging Kambing Masala
  1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Daging Kambing Masala

PDF Print E-mail

User Rating: / 16
PoorBest 



Bahan-bahan:

800 gm daging kambing - dipotong dadu
50 gm serbuk jintan manis
50 gm serbuk jintan putih
20 gm serbuk ketumbar
10 gm serbuk lada sulah
40 gm tomato puri
20 gm gajus
50 gm gajus - dikisar
3 tangkai daun ketumbar - dikerat-kerat
250 ml susu segar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Bahan-bahan untuk ditumis:

5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
3 sm halia - dikisar
300 gm tomato - dikisar
200 gm cili hijau - dikisar
100 gm cili merah - dikisar
2 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak sapi
70 ml minyak masak


Cara menyediakan:

1.  Panaskan minyak sapi di dalam periuk.

2.  Tumis daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau.

3.  Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, cili hijau dn tomato yang dikisar.

4.  Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.

5.  Masukkan pula gajus (biji), tomato puri, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk lada sulah.

6.  Kacau hingga rata dan biarkan sehingga hilang bau rempah.

7.  Masukkan daun ketumbar dan daging kambing.

8.  Tambah sedikit air dan kacau hingga rata.

9.  Kemudian biarkan sehingga daging empuk.

10. Masukkan gajus yang dikisar dan kacau hingga rata.

11. Masukkan susu segar, garam dan gula.

12. Kacau dan biarkan mendidih.

13. Apabila pekat, bolehlah diangkat.

 
GoogleNews