SajiOnline V2 - Welcome to the Frontpage
  1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

bebola pisang istimewa

 

Bebola Pisang

 BAHAN-BAHAN:

5 biji pisang emas separuh masak

10 ekor udang (cincang halus)

½ labu bawang besar (hiris)

1 tangkai daun bawang (mayang halus)

½ sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu besar bawang goreng

1 biji telur

1 tangkai cili merah(tumbuk)

1 sudu kecil garam

Minyak secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN:

1.       Pisang dibuang kulit kemudian direndam dengan air garam seketika. Hiris nipis pisang dan goreng hingga kekuningan dan tuskan.

2.       Kemudian goreng bawang besar hingga kekuningan.Angkat dan tuskan.

3.       Selepas itu, tumbuk bawang besar tadi dengan pisang hingga lumat dan gaulkan dengan udang, daun bawang bawang goreng, cili, serbuk ketumbar dan garam. Gaulkan sebati dan kepal-kepalkan lalu dicelupkan ke dalam telur.

4.       Pijarkan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan tuskan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

pasta ,makanan laut

 

BAHAN PASTA :

400 gm spageti

Air secukupnya

2 sudu besar minyak zaitun

½ sudu besar garam

 

BAHAN KUAH:

6 sudu besar tomato puri

6ulas bawang putih (cincang)

1 sudu kecil serbuk oregano

1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar

1 ikat daun parsli (cincang)

10 keping  kupang

 10 ekor udang sederhana besar

6 ekor sotong

7 batang isi ketam

4 sudu besar minyak zaitun

 

CARA MENYEDIAKAN:

1.       Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan minyak zaitun dan garam.

2.       Bila air mendidih kecilkan api dan masukkan spageti dan besarkan api. Masak hingga lembut dan tuskan.

3.       Sediakan kuali, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga garing.

4.       Tuang dua sudu besar air untuk melembutkan bawang putih dan lepas itu masukkan tomato puri dan kacau rata.

5.       Tuang air lagi sebanyak 1/3 cawan untuk cairkan tomato puri. Masak hingga mendidih dengan api yang perlahan. Masukkan serbuk lada hitam, daun parsli, garam secukup rasa dan serbuk oregano.

6.       Dalam kuali berasingan panaskan dua sudu besar minyak zaitun dan masukkan lebihan bawang putih cincang tadi berserta tiram dan masak kupang sehingga bertukar menjadi berwarna oren.

7.       Masukkan semua makanan laut lain dan masak dengan api yang perlahan.

8.       Masukkan sos  yang dimasak tadi dan gaul sebati. Masukkan spageti dan gaul rata.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bebola Pisang Ch

otak-otak ikan kurau

 

Otak-Otak Ikan Kurau

BAHAN-BAHAN:

2 biji kuning telur (pukul)

Daun pisang

200 ml santan

Garam dan gula

4 keping isi ikan kurau

 

BAHAN KISAR:

2 batang serai

4 cm lengkuas

2 cm halia

2 cm kunyit hidup

6 ulas bawang merah

 

BAHAN HIRIS

10 helai daun mengkudu

5 helai daun kaduk

5 helai daun limau purut

 

CARA MENYEDIAKAN:

1.       Gaulkan isi ikan kurau dengan bahan-bahan kisar dan bahan hiris.

2.       Masak bersama santan.

3.       Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga ikan menjadi pejal.

4.       Matikan api dan kemudian campurkan kuning telur dan gaulkan hingga sebati.

5.       Bungkus dengan daun pisang.

6.       Kukus selama 20 minit.

 

 

 

rendang dinding

Rendang Dinding

BAHAN-BAHAN:

600 gm daging

1 cawan air asam jawa

3 sudu besar gula

4 sudu besar kicap

500 ml minyak masak

Garam

 

BAHAN TUMBUK

10 tangkai cili kering

10 tangkai cili merah

20 ulas bawang merah

6 cm halia

3 cm belacan

 

CARA MENYEDIAKAN:

1.       Rebus daging separuh masak. Angkat dan tuskan. Kemudian hiris nipis dan tumbuk sehingga leper.

2.       Kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan asingkan.

3.       Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan sebati.

4.       Selepas itu masukkan kicap dan biarkan seketika.

5.       Setelah pecah minyak, kecilkan api dan masukkan daging tadi. Gaulkan sebati.

 

ikan kukus nanas

Ikan Kukus Nanas

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap

4 ulas bawang merah (hiris)

2 ulas bawang putih (hiris)

2 tangkai cili merah (hiris)

4 tangkai cili padi (hiris)

7 cm halia (hiris)

2 batang serai (hiris)

1 biji nanas (hiris)

Sedikit garam dan gula

 

 

CARA MENYEDIAKAN:

1.       Ikan dibersihkan dan letakkan di dalam pinggan. Taburkan kesemua bahan-bahan di atas ikan.

2.       Kukus sehingga masak.

 

 

Penjagaan Si Kecil

Image
Membentuk Tabiat Makan
Tuesday, 29 March 2011
      Kebanyakan anak yang sedang membesar memang berselera makan.... Read more...

Pengurusan

Image
Sejuk Beku - Apa Anda Perlu Tahu
Thursday, 05 May 2011
  Adakah makanan yang disejuk beku masih selamat, berzat dan berkualiti? Baca jawapannya...   Read more...

Info Makanan

Daftar Masuk



Siapa Online

We have 278 guests online